photo A_zpse68f86d6.png photo B_zps4049e3be.png photo D_zps54887c0a.png photo C_zpsdce2e1c7.png photo E_zps37dced81.png

Hyperventilation

Salam...lama dah xedit entry ni...hari ni aku nak kongsi pada semua tentang hyperventilation....apa tu hyperventilation??...ni perkataan yg doktor bagi aku masa jumpa dia kat klinik..aku pegi klinik nak cek kenapa dada aku selalu sakit...pastu aku fikir..sakit jantung ke?? fuh...cemas bkn main aku bila terfikir sakit tu...terus aku rasa sesak nafas..masa nak jumpa dia tu jantung aku berdegup tersangat lah cepat..sampai aku susah nak bernafas..aku try control perasaan aku..supaya tenang tapi xjugak...
tiba turn aku kena pangil...doktor buat pemeriksaan dengar degupan jantung aku...cek tekanan darah..apa yg terjadi tekanan darah aku naik...huhu...doktor senyap...aku pon cuak...aku cemas lagi fikir yang bukan2...ayooo aku mmg suka fikir negatif dulu...pastu doktor bagi minum aku ubat..dia suh aku relas setengah jam...aku g tunggu kat luar..
setgah jam kemudian dia cek balik tekanan darah aku normal balik...alhamdulillah legaaa...aku dah tenag..doktor cakap aku ada panik yang terlampau..bila panik...jantung akan berdenyut dengan lajunya tu yg buat sesak nafas....bukan sebb sakit jantung ke apa2 ke...dia cakap aku ada hyperventilation...terlebih oksigen kurang karbon dioksida dalam badan....
dia bagi nasihat kat aku..jgn terlampau stress, kawal emosi...sbb ni la yg boleh mnyebabkan sesak nafas...aku senyap je dengar dia cakap...dia cakap sakit ni xda ubat, sbb ni bukan sakit tapi kita punya psikologi, perassan kita...dia kata ramai org yg jadi macam aku ni...dia kata lgi kebanyakan jadi macam ni kepada gurl2 yang mempunyai prasaan yg sngt lembut ceh2...macm aku jgk la ye...x lah...dia kata org yg slu stress, emosi, contoh terlalu emosi baca novel haha...dah la aku suka baca novel....nampaknya kena kurang2kan la baca novel ni demi kesihatan.....sooooo dia kata kalau jd macam ni ambik beg plastik bernafas dalam beg plastik tu selama 20 saat....klu cemas jgk pergi mandi...hehehe.....

okey kat bawah ni ada terang apa maksud Hyperventilation tu menurut Wikipedia ;
(Hyperventilation or overbreathing is the state of breathing faster or deeper than normal,[1] causing excessive expulsion of circulating carbon dioxide.[2] It can result from a psychological state such as a panic attack, from a physiological condition such as metabolic acidosis, can be brought about by lifestyle risk factors or voluntarily as in the yogic practice of Bhastrika. It often occurs together with labored breathing, which, in contrast, can also be a response to increased carbon dioxide levels.)

Allah berhak beri hidayah walaupun terhadap insan lakukan kejahatan

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125). 

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.
Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar.


Lebih-lebih lagi perjalanan hidup berliku yang ditempuhi setiap insan menuntut ketabahan, kesabaran dan pertolongan Ilahi supaya dia berjaya dalam hidup. Oleh itu, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.
Hidayah petunjuk yang dianugerahkan Allah sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa. Dalam erti kata lain, Allah mengurniakan hidayah kepada hamba yang beriman dan bertakwa.
Hidayah Allah tidak ada kaitan dengan hubungan pertalian darah atau kekeluargaan. Seseorang yang taat dan hidup bahagia dengan hidayah Allah, tidak semestinya anaknya juga begitu. Contohnya, Nabi Nuh dan anaknya serta Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya, Abu Lahab.
Ada juga orang fasik yang sentiasa bergelumang dosa tetapi anaknya seorang yang salih dan patuh ajaran Islam. Ini berlaku kepada Nabi Ibrahim dengan ayahnya, pengukir patung berhala.
Oleh sebab itu, kita tidak boleh menyangka orang yang selalu melakukan kejahatan tidak akan mendapat hidayah Allah kerana hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa dikehendaki-Nya.
Nabi dan rasul, tugasnya menyampaikan kerana tidak ada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)
Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Quran al-Azim ada menyebut sebab turunnya ayat kerana ada beberapa orang Islam yang bersedekah kepada fakir miskin penduduk Madinah, kemudian setelah ramai bilangan yang masuk Islam, maka Rasulullah SAW menegah memberi sedekah kepada orang musyrikin.
Tujuannya ialah untuk menarik mereka supaya menganut Islam kerana Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan hal ehwal mereka. Lalu turunlah firman Allah yang memerintahkan Baginda supaya terus memberikan sedekah kepada mereka.
Biarpun hidayah menjadi milik mutlak Allah, namun umat Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah Islam kepada bukan Islam supaya beriman kepada Allah.
Dakwah yang baik dan berkesan hendaklah berpaksikan kepada tiga kaedah iaitu berdakwah secara hikmah atau bijaksana, memberi pengajaran atau contoh teladan baik dan bertukar fikiran atau berdialog dengan cara lebih baik.
Oleh itu, setiap Muslim perlu mempergiatkan usaha untuk berdakwah dan bersabar dalam menjalankan usaha dakwah Islamiah kepada bukan Islam supaya ia mencapai matlamat yang disasarkan iaitu keadilan Islam, keharmonian hidup serta kecemerlangan dalam hidup.
Hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan diterokai orang beriman dan bertakwa kepada-Nya dalam rangka untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Photo courtesy of Ustaz Azhar Idrus

CINTA BERSAIZ XXL BY ALIESHA KIRANA



Salam semua hari ni review novel cinta bersaiz XXL...Wah nmpak tjuk je msti org bsar n comel mcm sya jgk hehe...novel ni bila sy bc terasa jgk la..sb sz bdan hmpir sma wlupon tak XXL lgi...tp seronok novel ni dapt seorg lelaki yg boleh mencintai dia seadanya wlupon bertubuh bsar...kan bessstttt kalu ada lelaki yang xkisah kita kurus ke kita gemuk ke..dan mampu menerima dan mencintai kita seadanya xkira la mcmna bntuk fizikal kita...hehe..apa pon novel ni pun bessstttt jgk...bnyak pengjaran jgk yg dpt klu bc novel ni..

Sinopsis Cinta Bersaiz XXL by Aliesha kirana

“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”
“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”
Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?
Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.
Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.
“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”
“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”
Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.
Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.
Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?

SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10! By SYAMNURIEZMIL


SUAMIKU, EN PERFECT 10! BY SYAMNURIEZMIL

Salam semua....hari ni sy nak kongsi story pasal this novel...sy bru selesai bc novel ni...ambil msa 1 hari je bc novel ni...novel ni sangat best!! jalan cerita dia menarik..sambil sya baca tu terfikir-fikir ada tak cerita mcm ni didunia realiti..memg hebat pengarangnya kan..kadang2 kita tak terfikir pun ada cerita yang boleh diangan2kan mcm nie,,,hehehe.

Sinopsis dari kulit buku


PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?