CINTA BERSAIZ XXL BY ALIESHA KIRANA
Salam semua hari ni review novel cinta bersaiz XXL...Wah nmpak tjuk je msti org bsar n comel mcm sya jgk hehe...novel ni bila sy bc terasa jgk la..sb sz bdan hmpir sma wlupon tak XXL lgi...tp seronok novel ni dapt seorg lelaki yg boleh mencintai dia seadanya wlupon bertubuh bsar...kan bessstttt kalu ada lelaki yang xkisah kita kurus ke kita gemuk ke..dan mampu menerima dan mencintai kita seadanya xkira la mcmna bntuk fizikal kita...hehe..apa pon novel ni pun bessstttt jgk...bnyak pengjaran jgk yg dpt klu bc novel ni..
Sinopsis Cinta Bersaiz XXL by Aliesha kirana
“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”
“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”
Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?
Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.
Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.
“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”
“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”
Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.
Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.
Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?
1 ulasan:
sy suka....
Catat Ulasan